TANDA-TANDA MATA KE 3 ANDA TELAH TERBUKA
Salam penuh cinta buat semua pembaca budiman _/||\_
Mata Ke-3 (MK3) adalah subjek yang begitu ramai peminat di dunia ilmu metafizik. Begitu banyak orang ingin membuka MK3 nya.
Pembukaan mata ketiga bukan saja berkenaan kemampuan melihat perkara-perkara ghaib seperti jin, hantu, dan sebaginya. Banyak orang hanya tahu bahawa MK3 adalah tentang melihat alam ghaib. Padahal MK3 jauh lebih tinggi dan luas penggunaan dan manfaatnya. Ini sebuah salah faham.
Antara manfaat MK3 yang lebih tinggi adalah kebijaksanaan, kefahaman, intuisi, pengembangan kalenjar Pineal, peningkatan level spiritual, kemampuan mengawal energi, mengawal semua cakra-cakra, mengawal sistem-sistem badan, telepati, merasakan hubungan dengan seisi alam semsesta, mengenal diri, mengenal Tuhan dan banyak lagi.
.
.
.
Berikut adalah beberapa tanda bahawa MK3 anda aktif dan terbuka.
1. Rasa tekanan di titik Cakra Ajna, iaitu titik tengah antra kedua alis mata di atas pangkal hidung.
2. Sakit kepala yang agak berat. Ini adalah tanda ‘overload’ energi di Cakra Ajna anda. Kalenjar Pineal anda mengalami peningkatan energi yang sangat baik yang mana sangat memberi pengaruh kepada kesedaran rohani anda.
3. Kesedaran tentang pemakanan yang baik dan sihat. Pembukaan Cakra Ajna/MK3 membuat tubuh energi kita mengalami peningkatan vibrasi energi yang mana memberi kesan kepada badan fizikal kita. Badan akan ikut mengalami perubahan agar selaras dengan peningkatan vibrasi energi yang terjadi. Anda mungkin akan semakin tertarik secara naluri kepada makanan tertentu dan mula mengelakkan makanan tertentu demi perkembangan diri anda yang semakin baik. Anda semakin menyedari bahawa segalanya adalah energi termasuk makanan dan sensitif terhadap toksin dalam makanan mahupun dari persekitaran seperti udara, dan air kerana anda sedar semua ini akan mempengaruhi perkembangan diri anda.
4. Merasakan diri terhubung dan berkaitan dengan segala sesuatu di alam ini. Anda semakin melihat kesamaan dengan semuanya, kerana anda sedar akan hakikat bahawa segala wujud dia alam ini tercipta energi dan vibrasi dan saling terhubung dan berkaitan.
5. Kesedaran anda yang semakin meningkat akan membuat anda menyedari bahawa semua keadaan dan kejadian saling terhubung dan berkaitan. Semua akibat terjadi oleh suatu sebab dan semua sebab akan menghasilkan akibat. Kesedaran dan kefahaman ini akan membuat anda mampu mengendalikan kehidupan anda ke arah yang lebih baik. Anda akan memahami hukum-hukum alam yang beroperasi di alam ini dan anda dapat mencapai keinginan-keinginan anda dengan memanfaatkan hukum-hukum tersebut.
6. Ada ketika ‘higher self’ anda atau kesedaran anda yang lebih tinggi memberikan anda petunjuk-petunjuk hidup melalui banyak berbagai medium, misalnya nombor-nombor tertentu seperti 11:11, 444, 999 dan sebagainya yang sering anda lihat di mana-mana seolah mengekori anda.
7. Perubahan cara berfikir. Fokus anda meningkat, rasa cinta kepada semua makhluk Tuhan meningkat. Anda mula memahami konsep-konsep yang rumit dan rahsia-rahsia alam semesta yang tinggi.
8. Anda sensitif dengan warna-warna dan bunyi-bunyi. Khasnya apabila anda meditasi, anda melihat cahaya-cahaya pelbagai spektrum warna. Anda juga akan mendapati bahawa muzik yang lembut dan intonasi rendah membuat anda rileks dan senang hati manakala bunyi-bunyi yang berintonasi tinggi dan bingit membuat anda tidak selesa atau stress.
9. Anda menemui tujuan hidup yang baru yang lebih bermanfaat. Naluri anda semakin ingin memberikan bakti dan manfaat kepada orang lain dan tidak lagi pentingkan diri sendiri.
10. Anda mudah mengesan kehadiran energi positif atau negatif pada orang lain atau di sekeliling dan persekitaran anda.
11. Anda boleh merasakan perasaan orang lain atau niat jahat dan niat baik orang lain.
12. Anda mengalami mimpi yang sangat jelas seolah ianya realiti. Semakin lama anda semakin mampu mengawal mimpi-mimpi anda ( lucid dream ).
13. Anda melihat kebenaran hakiki dalam segala sesuatu. Anda memahami bahasa alam semesta. Anda melihat doktrin-doktrin yang menyekat kebebasan manusia. Anda melihat kepalsuan-kepalsuan yang begitu banyak di dalam sistem hidup manusia.
*
*
*
*
Anda belum membaca Ebook 'MENGUNGKAP RAHSIA MATA KE 3 VERSI 2.0' ???
Di dalam ebook ini saya bimbing dan berikan initiation kepada pembaca untuk mengaktifkan dan membuka Mata Ke 3 serta cara-cara menggunakannya langkah demi langkah yang sangat mudah dan praktikal. Ada kumpulan afirmasi mengarahkan Mata Ke 3 untuk kes-kes yang biasa terjadi dalam kehidupan dan banyak lagi ilmu dan tips menarik.
Cara untuk memiliki Ebook Mata Ke 3 ini sangat mudah.
CIMB Zamri Abu Bakar
7055911064
Atau,
Maybank Zamri Abu Bakar
162375660198
2. Berikan bukti pembayaran anda tadi kepada saya melalui link whatsapp saya di bawah.
Silakan KLIK link Whatsapp di bawah ini, anda akan terus dibawa ke ruang chat whatsapp saya:
https://api.whatsapp.com/send?phone=601120651735
https://api.whatsapp.com/send?phone=601120651735
https://api.whatsapp.com/send?phone=601120651735
3. Berikan alamat email anda
.
4. Saya akan emailkan Ebook Mata Ke 3 dengan segera.
.
.
.
4. Saya akan emailkan Ebook Mata Ke 3 dengan segera.
.
.
Saya mendoakan anda mendapat kesihatan terbaik, cinta terbaik, rumah tangga bahagia, rezeki melimpah, urusan lancar dan semua perkara-perkara yang baik yang hidup ini sediakan.
Salam damai penuh cinta kasih dari lubuk hati paling dalam
~ from Qi with Love
No comments:
Post a Comment